“Kamu nak pergi ke Liya? Akak rase cam malas je nak pegi “, sambil mengemas bajunya kedalam beg ditanya lagi sekali soalan yang sama kepada adiknya yang sedang mengemas bilik. Untuk mengikutnya kakaknya yang sulung pergi mandi manda di air terjun cukup memalaskan dirinya. Apatah lagi bila pergi itu bukan dengan semua ahli keluarga nya. Dia paling malas untuk aktiviti mandi manda ini. Baginya menyusahkan. Mana nak mandi, selepas itu mahu salin pakaian dan berkemas barang2 yang telah digunakan untuk dibawa pulang. Amat meletihkan bagi dirinya. Lagi memberatkan hatinya apabila kakaknya itu pergi bersama rakan kuliahnya di Melaka. Lagilah memalaskan. Kalau ada lelaki yang boleh mengusik jiwanya tidak kisah juga. Ini semuanya perempuan. Memandangkan kakaknya itu belajar dikampus perguruan di Melaka. Yang semuanya hanya perempuan sahaja.
“ Eeeee.. asyk tanya soalan yang sama je. Penatlah jawab. Orang kata orang nak pergi, orang nak pergilah..asal? Kak Eki tak nak pergikan? Biasa dah kalau Kak Eki tak nak pergi. Kalau family ajak memang Kak Eki malaskan? Cuba kalau kawan2 ajak ke tau boyfriend Kak eki tu ajak..mesti nak pergikan? Urmmm.. biasa dah..” ngomel Liya.
“ Orang tanya sepatah jawab banyak..jadi adik derhaka kamu nanti. Baru tahu. Masalahnya bukan semua pergikan? Ade kawan kakak tu yang menyebabkan akak seribu malas tu.” Malas mahu melayan omelan si Liya, Eki terus melangkah kedapur selepas menjawab omelan adiknya itu.
Didapur dibeleknye lauk yang bakal dibawa ke air terjun itu. Difikir fikirkan, alasan apa mahun beri ke kakaknya itu jika dia tidak mahu mengikuti rancangannya itu. Mahu dimakannya kalau dia tidak mahu ikot. Malas untuk berfikir diikutkann sahaja rancangan kakaknya itu.
Eki memasukkan semua barang didalam bonet kereta sambil dibantu abangnya, Zan. Mukanya tetap tidak ceria. Liya perasan akan hal itu. Dibiarkan kakaknya itu melayan perasaan. Malas mahu bertengkar lagi.
Kereta kancil berwarna hijau hadiah dari papa kepada kakak bergerak perlahan lahan melepasi rumah satu persatu. Begitu juga hatinya. Perlahan lahan bernafas. Ikutkan hatinya mahu sahaja dia mengikut mamanya pergi ke kenduri kahwin saudaranya di Kajang. Walaupun dia tidak gemar untuk pergi kesana. Tapi, jika dia ikut, pasti dia tiada kawan untuk diajak berbual. Mama pasti melayan saudara2 nya disana. Dan dia keseorangan. Dipaksakan hatinya itu untuk bergembira agar tidak nampak sangat diriak wajahnya itu seperti katak melepaskan batuk. Peribahasa yang direkanya itu sering menjadi bahan gelakan rakan2nya.
30 minit masa telah berlalu. Tempat yang dituju makin hampir. Hati mereka yang didalam kereta bersorak gembira. Seperti tidak pernah pergi ketempat itu. Padahal sudah boleh dihafal dimana tempat yang dalam airnya dan cetek airnya. Diangkat barang2 yang ada didalam bonet kereta sambil dibantu adik beradiknya yang lain. Lemah kakinya mahu melangkah pergi. Malas. Tapi digagahkan juga.
Tempat seperti biasa kakak pilih untuk dijadikan tempat bermandi manda. Eki meletakkan barang barang yang ada dan disusun rapi barang2 itu. Sedang dia leka menyusun barang2 tiba tiba matanya menjadi segar melihat seorang lelaki berbaju biru sedang leka termenung di air itu tanpa berbuat apa apa. Semangat Eki terus naik. Hatinya melonjak gembira. Kerna terdapat seorang lelaki yang berjaya menambat hatiya itu. Dipandang wajah lelaki itu sedalam2 nya. Apa agaknya yang ada didalam fikiran lelaki ini. Mahu sahaja dia menemani si teruna itu dan duduk disebelahnya sambil dengar apa yang ada didalam fikirannya itu. Tapi itu hanya angan2 kosong. Kerna kehadiran dia bersama adik beradiknya memungkinkan semua itu berlaku.
Lelaki berbaju biru itu masuk kedalam air mandi bersama sama rakannya yang lain. Leka matanya memandang lelaki itu. Mimi yang melihat kakaknya itu dari jauh menyergah,
“haaaaa..berangan lah tu kan? Handsome kan Kak Eki? Mimi pun suka tengok muka dia.” Seloroh adiknya itu.
“ah, kamu budak lagi.! Tak payah gatal2 nak tengok muka dia. Miang betul! “ berlalu dia dari tempat itu dan terus memasuki air terjun. Sejuk kakinya.
“Eh bukan kak Eki tak nak mandi ke tadi? Menggatal nombor satu”. Jerit Mimi dari jauh. Hanya jelingan yang diberi oleh Eki. Kaki nya dikuis kuis di air itu. Lagak seperti pelakon drama mahu memikat hati lelaki. Ah! Beranganlah nak dapat dia. Jerit hatinya sekadar untuk menyedapkan hatinya.
Lelaki itu seakan sedar akan kehadiran Eki. Lirikan matanya juga kadang kala tertumpu pada Eki yang duduk termenung dibatu batu yang ada disitu. Comel. Hanya itu yang dapat diungkapkan dihatinya tika itu.
“Wei Mike, kau pandang budak baju purple tu kan? Budak lagi lah wei.. jom lah mandi. Dari semalam kau tak mandi lagi kan? Aku tahu.. “ usik temannya yang ada didalam air terjun itu.
Mike mematikan lamunan itu dan terus mengikuti temannya yang ada didalam air itu.
aku tau cite ni...
ReplyDeletehehehe...
nak bace sambungan nye lagiiii..
;p
xabes2 cter psl mike..hahhaha
ReplyDelete